Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Tuesday 5 May 2009
Posted by Apeksi



Assalamuaikum dan salam sejahtera kepada semua umat makhluk ciptaan tuhan, Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerna telah pun memberi kebenaran dan peluang ini untuk aku terbitkan sebuah blog, sememangnya terlintas pada diri ini untuk menerbitkan blog tapi kesuntukan dan kekusutan hidup membuatkan aku tidak sempat untuk merealisasikan hajat hati ini, tetapi sekarang dapat juga aku melibatkan diri dalam dunia blogger ini.

Sebenarnya aku ni bukannya reti untuk berformal formal sebegini, tapi aku fikir blog ini hak milik ak, jadi ak seharusnya mengunakan cara dan gaya bahasa ak sendiri untuk menjadikan blog ini lebih menarik, insyaAllah. Bahasa ak mungkin agak kesat atau kasar, maaf jika kata kata ak membuatkan segelintir manusia di luar sana terasa panahannya, hahaha. Maka di sini telah ak ucapkan maaf kepada mereka yg mungkin akan atau yg telah termakan hati dengan kata kata ak, dan lepas ni kalu kalu ada orang nk komen, kritik, ungkit, sila lah, ak terima segalanya sebagai satu nasihat dan kritikan yg membangun agar ak dapat memperbaiki hidup ak dan cara ak berkomunikasi dengan masyarakat kelak insyaAllah.

bukan apa ak tak nak orang kata ak ni hipokrit, cakap macam lain tapi buat macam lain, kalu peribahasa melayu tu, cakap tak serupa bikin lah, sembang nak kemas ja, tapi,,, hampeh habuk pun tarak, hahaha, kita sebagai manusia, ada banyak kelemahan dan kita semua tidak lah sempurna, mat salleh pn ada peribahasa jugak, yg berkata no body perfect. jadi dengan itu kita jangan lah nak tunjuk pandai atau belagak pandai, melainkan kita memang komperm yg apa yg kita buat tu betul. kita tak buleh nak nilai diri kita sendiri, mungkin apa yg kita nmpk pd diri kita semuanya baik baik, tapi di mata dunia, perbuatan kita tu tak dak la baik mana pn, jadi biar orang yg kritik kita jgn kita kritik diri kita, sebabnya orang lain yg nmpk kita ni mcm mana. Jadi dengan itu ak mintak mintak sangat lah kalu kalu ada apa apa yang tersilap ak buat harap harap sangat lah hampa dapat tegur ak, insyallah.


Dengan itu, ak sudahi post pertama ak ini dengan kalimah bismillah, sebgai satu tanda permulaan bagi ak untuk menerbitkan dan menjayakan blog ini.

Sekian terima kasih,

1 comments:

Anonymous said...

salah laa..
patutnye kne tls cmni,
'dgn ini,dgn lafaz bismillah,
saye merasmikan pembukaan blog ini..'

hikhikhik

Post a Comment

M a s s i v e A t t a c k - T e a r D r o p s