Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Thursday 7 May 2009

S a y a n g adalah soal hati

Posted by Apeksi

Soal hati,




Pernah kah ada perasaan kepada seseorang? jika di tanya soalan ini kepada setiap orang, ak percaya hampir 99% manusia di muka bumi ni yang jawab ya, yang 1% tu hanyalah kanak kanak yang baru lahir ja, jadi keseluruhaannya setiap hamba allah itu akan merasakan satu perasaan yang teramatlah unik, perasaan sayang dan kasih kepada seseorang, semua orang sayangkan ibu kita, bapa kita , keluarga kita, ya memang pun, tapi ini soalan hati, jangan nak berdalih pada kenyataan ini, kita di jadikan tuhan di muka bumi ini penuh dengan jutaan sebab, antara satu sebabnya adalah untuk kita menyayangi orang lain selain daripada keluarga kita, memang tak boleh nak nafikan lah, perasaan sebegini memang akan ada hati nurani setiap makhluk allah terutamanya makhluk yang bernama manusia,

perbincangan ak kat sini adalah untuk menceritakan bahawasanya, di dunia ini perasaan sayang dan kasih ini memang wujud, dan sekarang ini ak telah pun merasai nya, ya memang ak sedang dilamun dan di buai perasaan ini, tapi ak ragu ragu dengan perasaan ini, ak takut pada kekuasaan tuhan, kekuasaan Allah, setiap apa yang di jadikanNya, setiap nikmat yang diberikanNya, jika kita tak bersyukur nescaya dia akan tarik balik, tuhan bukanlah buruk siku, tetapi tuhan itu maha adil, sesiapa yang tidak bersyukur padanya maka tiada gunalah dia kurniakan kenikmatan kepada orang yang tidak bersyukur, bersyukurkah ak dengan apa yang telah tuhan kurniakan?

bagaimanakah cara untuk ak ucapkan syukur padaNya, adakah dengan kata kata syukur alhamdulillah itu sudah cukup diterima olehNya,,

terhenti disitu persoalan ak, ak telah pn bersyukur, alhamdulillah ak ucapakan padaNya kerna telah kurniakan satu kenikmataan pada ak, tapi kenapa perasaan yang lain mula timbul, sesungguhnya jika kita sudah menyayangi seseorang itu kita ingin memiliki dirinya sepenuhnya, setiap kesilapan kecil yang dilakukannya di maaf kn kita, setiap kata katanya adalah manis, suaranya merdu bila didengarkan, tapi ada satu perasaan ini yang membuatkan ak rasa sesuatu kelainan, perasaan ini dinamakan perasaan cemburu,

cemburu. Apa yang di definasikan sebagai cemburu, ak tidak tahu apa maksudnya secara lengkap, tapi perasaan ini ak dapat rasai dengan penuh ketakutan, adakah ak cemburu pada dirinya atau ak cemburu pada orang sekelilingnya, biarlah apa pun yang pasti ak cemburu, memang ramai yang berpendapat yang cemburu ini satu perasaan yang menunjukkan bahawasanya kita teramatlah menyayangi dia, entahlah, tapi sampai bila kah perasaan ini? enth lah ak masih tidak punya jawapan.

tapi bila difikir fikirkan kembali, kenapa semua ini terjadi, bagaimana perasaan ini ada, ak berpendapat bahawasanya setiap apa yang berlaku semuanya ada sebab, hikmah dan penjelasannya,

ak nak tanya semua orang lah, kenapa kita ada perasaan cemburu tadi? sebab nya adalah kerna kita sayang sangat sangat lah kat dia, kenapa kita suka pakai baju warna merah? sebab kita suka warna merah, kenapa kita salu jaga kucing kita, binatang peliharaan kita? sebab kita sayang kat dia, kenapa kita salu basuh kereta kita? sebab kita sayang dia, kenapa kita susah payah belajar bersungguh sungguh untuk mendapat kecemerlangan? sebab nya kita nak buktikan kat ibu bapa kita yang kita sayangkan dan menghargai mereka.

pada setiap soalan soalan dalam kehidupan ini semuanya tertumpu pada satu perkataan, sayang, dan soalan nya di sini kenapa sayang?

baiklah, Allah swt punya 99 nama yang kita ketahui, apakah nama nama tersebut? dan Allah swt punya 20 sifat yang wajib kita ketahui, apakah sifat sifatnya? ok sekarang ni, ak nak ambik satu ja nama untuk penjelasan aku tentang sifat ataupun perasaan sayang yang kita salu rasakan ini,

لرحيم

Ar Rahim, maha pengasih,

setiap kejadiaan kita adalah asalnya daripada perkataan itu sendiri, perkataan kasih dan sayang, Allah swt jadikan kita semua umat manusia dengan kasih dan sayang Nya pada kita, sehinggakan taraf kita adalah mulia di sisinya, sehinggakan malaikat itu sendiri mengangkat darjat kita sebagai ciptaan Allah swt yang paling sempurna,
Jadi tidak dinafikan lah sebabnya,kita punya semua perasaan perasaan sebegitu, biarpun kita punya perasaan yang negatif seperti cemburu, dengki, dendam dan bermacam macam lagi, akan tetapi perasaan kasih dan sayang kita tetap menjadi pegangan kita, maka tiada salah lah jika kita ingin menyayangi orang lain, memang kejadiaan kita sebagai manusia ini telah pun di semai perasaan sayang ini, sehingga lah kita sedar yang kita ini adalah hamba tuhan yang paling disayangi olehNya,

renunglah wahai membe membe sekalian, jangan kita nafikan atau ketepikan perasaan sayang ini, kerana jika kita nafikan semua ini maka kita nafikan kejadiaan kita ini, yang telahpun diselaputi dan di belai dengan perasaan sayang yang telah Allah swt berikan kepada kita, maka marilah kita saling sayang menyayangi antara satu sama lain, terutamanya Allah swt, Nabi kita, dan mereka yang senentiasa bersama sama kita dikala susah senang, ibu bapa kita, kekasih kita, rakan rakan kita, alam ciptaan tuhan juga sentiasa bersama kita, setiap makhluk kejadiaan Tuhan itu sentiasa bersama kita, cuma kita saja yang tidak sedar akan kehadirannya,

sekian,

1 comments:

Anonymous said...

Salam

Kalaulah manusia tahu bahawa rahmat Allah yang dikirim ke bumi hanyalah 1% dan 99% lagi disimpan untuk bahagian akhirat..

kalaulah manusia tahu betapa besarnya ganjaran solat jemaah, dan sangat afdhal berada di saf hadapan, pasti manusia sanggup berbunuh-bunuhan untuk merebut saf hadapan itu..

chaiyok2!
best post nie =)

Post a Comment

M a s s i v e A t t a c k - T e a r D r o p s